Tuesday, March 22, 2011

Wayang Exhibition 22 March -26 March

BANDUNG: Nine collectors exhibited hundreds of wayang puppets from Java at Gedung Dekranasda on Jl. Ir. H. Juanda No. 19 in Bandung beginning on Monday.

The exhibition is being held in anticipation of the Bandung Wayang Festival in April. 

Collectors Priyanto Sunarto, Abah Soma and Tutun Hatta Saputra lent their collections of wayang golek (wooden puppets) from West Java, wayang kulit (puppets made from water buffalo skin) from Central Java and drawings of wayang characters to be displayed in the exhibition.

Bandung Wayang Festival director Hermawan Rianto said the festival would be an event for wayang maestros to give workshops.

“Maestros teach, juniors learn, other artists make interpretations, researchers appreciate and audiences will be indulged by the program that will be a warm and fun event,” he said, as quoted by detik.com.

The exhibition will conclude on March 26.

Friday, February 11, 2011

Maternity shop

For moms to be, ada satu outlet called Moms To Be yang memang ada baju cantik2!

Moms To Be
Baru buka June 2010,semua barang untuk bakal ibu boleh dapat disini. Ada dresses, baju office, baju untuk parties, swimming suits, jeans...macam2lah. Pregnancy books pun ada.

Jalan Soka No. 12 Bandung

Kalau dah ke Jl Soka, try tengok Miyo pun ada baby's stuff + maternity.

Bandung City Tour

Need transportation just for one day? Like to tour Bandung for just a day?
Our rate is IDR 550,000.00= MYR 188.00 for 24hours service.

Price includes:

-Car

(Daihatsu Luxio 2010/Suzuki Arena 2010/Avanza 2008) sits 6-8 pax or 2-4 pax with a lot of shopping bags:D

-Driver

-Fuel

-Parking + tipping in Bandung city

Note: Come back every now and then to check out our promotion!

Saturday, January 22, 2011

Sebelum pergi Bandung


Sebelum anda pergi, anda mesti tahu apa tujuan anda nak pergi ke sana.
1.Shopping
2.Shopping dan beli supply untuk buka perniagaan
3.Shopping dan spa
4. Shopping dan melawat sekitar Bandung >> volcano, kebun teh, hotspring, strawberries, kampung gajah, sekolah angklung dll.
5.Shopping dan makan (wisata kuliner) >>kebun daun (check out Sam Yeap comments here, peuyem,colenak,bakso akung etc
6.Shopping dan budaya ( seni, muzeum etc)


Nak campur semua pun boleh, pastikan anda buat pilihan yang bijak. Kalau tak sure boleh tanya.Bila anda pasti, senang utk buat planning:)

Seterusnya...
Berapa hari?
Berapa ramai nak pergi?
Budget berapa? flight ticket>accommodations>transportation>shopping>dining>other activities
Nak naik teksi sahaja atau ada pemandu?
Nak bawak beg kecil/besar?Berapa kilo muatan

Happy Planning!

Friday, January 14, 2011

Beli untuk berniaga?


Sekarang sudah menjadi trend untuk jual barang online. Anda nak mula berniaga baju kanak2? Di Bandung ada tempatnya. Ada lebih kurang enam gedung besar di Bandung ni yang jual hanya untuk kanak2. Antaranya, Lavie, Mivie dan macam2 lagi.


Lavie Baby House (belakang rumah sakit St Boromeus)

Jl Imam Bonjol 6, Bandung

Monday, January 10, 2011

Bahasa Indonesia 101


Yang untuk shopping saja ya:
kaos - baju
celana - seluar
model -jenis
gedik-besar
grosir -sale/cuci gudang
sepatu -kasut
toko -kedai
obral - diskaun
"modelnya ke atas" - nak saiz yang lebih besar

Benda anda mesti tahu sebelum ke Bandung

Waktu
Waktu Bandung lewat 1 jam Malaysia
Bandung 3petang - Malaysia 4 petang
Waktu siang cepat,malam pun cepat. Jam 6 petang dah gelap.

Power outlet/ Soket elektrik
Ikut European 2 point. Jadi bawalah converter anda

Waktu solat/musolah
Waktu solat Bandung adalah amat berbeza. Anda boleh download waktu solat Bandung disini.

Kehidupan orang Bandung/Indonesia
Kehidupan mereka disini jurang antara kaya dan miskin sangat berbeza. Tak mungkin anda akan jumpa orang di Malaysia yang sanggup buat apa yang mereka buat untuk hidup. Jadi silalah bawa duit pecah untuk disedekahkan kepada mereka, bantulah mereka!Tak semestinya anda beli barang, anda boleh bagi sahaja uang /wang kepada mereka. Anda akan hargai apa yang anda ada di Malaysia.

Tandas
Bagi standard saya, saya memang kurang gemarlah dengan toilet kat sana (Indonesia), kecuali hotel. Jadi bawak lah apa2 yang perlu, tisu, baby wipes dan sebagainya. Kalau macam pergi Kawah Putih tu, toilet dia takde flush. So, pandai2lah. Kena bayar tips, walaupun toilet tak seberapa.
Tips berzaman diamalkan : bawa botol mineral kosong ke mana sahaja untuk isi air.

Cara berjalan di Bandung
Dekat sana, anda kena rajin angkat tangan untuk cross jalan. Mereka suka horn...tak kira di Bali, Jakarta...sama saja, tapi itu kebanyakkan untuk memberi amaran mereka nak lalu etc. Laluan jalan akan diberi kepada mereka yang bagi tips.

Jalan di Bandung tidak berapa elok. Bagi perempuan2 tak payah pakai tumit tinggi. Pakai kasut flats adalah terbaik sebab akan banyak jalan, shopping dan angkat barang :)

Jalanraya di Bandung - ada sesetengah tempat yang memang tak berapa elok. Kalau anda jenis cepat kena pening kepala, bawaklah panadol, air,minyak angin dan sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga.

Bahasa Indonesia di Bandung
Di Bandung mereka cakap Sunda, yang tak mungkin kita faham. Tapi mereka semua boleh cakap standard Indonesia.

Shopping/FO operation hours
10pagi-9malam (hari minggu). Jalan raya Bandung tak ada lampu. Ini mungkin antara sebab mengapa mereka tutup awal. Sabtu malam ada yang buka hingga 12malam.

Wednesday, January 5, 2011

Jalan-jalan dalam Bandung (transportation)

angkot

Jenis-jenis transport di Bandung:
  • Becak - beca.beca sini kecil. pengayuh dibelakang dan tempat duduknya tinggi.cuma cukup2 bawa orang.
  • Angkot - angkot ni mini van, tak ada pintu. harga satu orang IDR2000-5000= RM0.70 ke atas. Cara tahan angkot, tahan macam bus atau teksi.Warna tak tentu. Yang penting arahnya sahaja. Jaga2 dengan penyeluk saku.
  • Taksi (teksi) -blue bird,gemah ripah, 4848,bandung raya ini yang boleh pakai. Harus minta di pasang agronya ya! (agro=meter) Tak pasti tentang taksi lain,mungkin kena negotiate.
  • Sewa kereta & drive sendiri - boleh juga. Cuma jalan di Bandung tak banyak sign board, setengah tempat tak ada langsung. Lepas tu jalan semua one way.Kalau silap tak boleh u-turn, dah la tu tak ada signage bagitau jalan tu one way. Untuk parking, mana2 mesti bayar tip. Keluar jalan bayar tip.
  • Sewa kereta, van - ini cara paling favourite orang Malaysia.Sebab senang dan murah. Supir anda akan tunggu anda shopping.Dari pagi anda start shopping, balik hotel, keluar balik etc dia akan tunggu anda.Minat? klik sini

Makanan Sunda (orang Bandung)

nasi tutug oncom

Makanan di sini agak masin jika dibanding dengan selera Malaysia( Nasi Padang). Tetapi makanan Sunda lebih manis.

Kalau anda nak cuba makanan Sunda (yang popular):
  • Dago Penyawangan, Jl.Dago
  • Ponyo
  • AA Laksana, Jl Cihempalas
  • Raja Sunda
  • Saung Kebayan
  • Sambel Cibiuk
  • Bumbu Desa
  • Ampera *murah,banyak branch
  • Bale Gazeebo,Jl. Surapati No.49 Ph. +62.22. 2506716
Selamat mencoba!

Makan dan minum di Bandung


jus alpokat (avocado jus dengan chocolat)

nasi timbel IDR20,000(makanan sunda)


gerobok/penjaja (dimana-mana di Bandung)


teh botol sosro

Agama rasmi Indonesia ialah Islam. Oleh itu semua fast food restoran di serata Indonesia, tak kira Bali, Jakarta,Surabaya adalah halal. Contohnya McDonald, KFC dsbgnya.

Minuman teh paling popular : teh sosro. Selalunya dalam bentuk botol kaca macam Fanta dulu2 atau pun dalam bentuk kotak. Rata2 di Bandung semuanya dalam bentuk botol.
Kalau rasa dahaga, banyak outlets yang kecil2 ada sediakan minuman teh sosro. Kalau paling teruk pun kat luar outlet mesti ada penjaja/gerobok yang jual teh sosro.

Air kosong : Sila beli air mineral. Kalau boleh elakkan air paip sama sekali. Bawa kemana2 sahaja.

Air dan makanan ni bersepah di Bandung. Tak mungkin anda ke Bandung dan kebuluran. Anda akan tengok setiap 5 kaki kiri dan kanan mesti ada yang menjaja atau dipanggil gerobok. Tapi anda kena berhati-hati untuk memilih takut nanti sakit perut.

Makanan:

Makanan yang paling hampir dan biasa dimakan oleh orang Malaysia ialah Nasi Padang.Ini hanyalah cadangan, supaya bila anda berniat ke Bandung nak shopping dan sebagainya dan nak elak sakit perut boleh makan ini sebab mungkin lebih kepada selera Malaysia.Kalau nak makan Nasi Padang yang murah dan berpatutan, pergilah ke:

IDR 200-300,000.00 = 12 orang makan, termasuk minuman jus (RM69-105)
  • Restoran Simpang Raya
  • Restoran Sederhana
Kalau tak kisah, boleh juga pergi ke:
IDR 700,000.00 = 12 orang makan termasuk jus(RM240)
  • Garuda
Sambal ijo, tak pedas. Sambal terasik hampir kepada sambal belacan kita.Tak dikeluarkan. Kalau mahu, kena minta. Mereka ada macam2 sambal. Tanya kalau nak cuba yang lain.

Siapa suka ayam goreng, make sure you order ayam goreng. Dia akan keluarkan ayam goreng. Ya, ayam mereka semua small size. Ayam Malaysia je gemok.

Tips nak jimat: Apabila mereka dah siap letak lauk atas meja, tengok mana yang nak makan dan suruh angkat semua yang tak mahu. Cari ni paling selamat. Anda boleh juga makan dan tak beritahu, tapi takut nanti mereka tersilap kira.

Makanan local lain yang famous kat Bandung:
  • Siomay/Bakso tahu
  • Batagor (bezanya dengan siomay, ia di goreng)- yang famous Siomay Pak Lili, Jl.Geger Kalong Girang. Kalau dekat Heritage, cross jalan pergi Summit makan kat Dailycious.
  • Martabak. Martabak diorang ada dua jenis. Yang buah-buahan dan daging.
  • Lotek. Sama macam gado2.
  • Mie Kocok
  • Nasi Timbel. Ni makanan orang Sunda. Orang local Bandung.Satu pinggan kalau makan kat restoran mungkin IDR 20,000 =RM6.80
  • Laksa Bandung
Kalau petang nak makan pisang goreng, pisang goreng datang dengan icing sugar dan cheese:)

Minuman pulak. Bandung kaya dengan minuman jus. Jus semua pekat2, macam dah jadi puree.
Jus paling famous sini:
  • Avocado- jus alpokat
Siapa gila coffee, kena pegi kopi aroma. Kedai ni bukak since 1930. Kalau nak pergi tour kopi aroma, boleh klik sini. Akan explain dengan lebih lanjut tentang kopi aroma dalam bahagian lain.

Minuman lain:
  • Es Elizabeth - cendol. Memang sedap. Gula merah sini tak macam di Malaysia.Memang lain.
  • Es teler - macam ABC. Cuma...ada tapai,kelapa, Tapai dia bukan tapai macam di Malaysia, dari ubi, berkeping-keping. Warna memang meriah.
  • Es sekoteng - avocado,kacang hijau, kacang, roti dan macam2 lagi.
Ada macam2 jenis es diBandung.Baca sahaja menu memang panjang sangat. Selamat mencuba.

For none Muslims, alcoholic drinks are not easy to find.Sale of alcoholic drinks is banned in public restaurants. You may find them however at upscale restaurants,bars,clubs,hotels and 24 hours mini market.

Tuesday, January 4, 2011

Wisata Bandung


Ciwidey

Kawah Ratu, Gunung Tangkuban Perahu


Aktiviti lain di Bandung:

Tengok volkano - dua-dua sangat mengagumkan. Ada juga yang tidak minat. Tetapi jika anda seorang yang sukakan alam semulajadi, ini adalah satu tempat yang anda pasti tidak mahu ketinggalan.
  • Paling famous-sebab dekat : Tangkuban Perahu (40minit)
  • Kawah Putih (44km =2 jam) tolong bawak jaket.Sejuk!
Air terjun
  • Maribaya (30minit)
Kolam air panas
  • Cipanas
  • Ciater
  • Cimanggu
Petik Strawberri
  • Ciwadey. Kalau dari kawah putih boleh singgah.Harganya sangat murah. Ikut gram.

Shopping Bandung: ole-ole

Koffie Fabriek 'Aroma' Bandoeng

Kartika Sari



Dah pegi Bandung, ole-ole mesti beli:
  • brownies
  • cheese brownies - atas ada topping cheese
  • pisang molen -cake dalam ada pisang
  • Koffie Fabriek Aroma Bandoeng - kedai proses dan jual kopi
  • pisang sale-digoreng dengan cheese. Siapa yang tak suka cheese, serius tak ada rasa cheese langsung cuma manis.
  • kek lapis
  • wajik
Tempat famous utk beli:

Kartika Sari -kartika sari ni ada 6 outlets. Takkan miss.Beli brownies dan pisang molen ya buk disini.
  • Jl. Kebon Jukut 3C
  • Jl. Buah Batu 165A
  • Jl. H. Akbar
  • Jl. Kopo Sayati 111A
  • Jl. Terusan Jakarta 77E
  • Jl. Ir. H. Juanda (Dago)

Brownies Amanda - yang enak sini brownies kukus.beli ya!
  • Jl. Rancabolang 29
  • Jl. Lodaya 8
  • Jl. Purwakarta
Brownies Primarasa -brownies
  • Jl. Kemuning 20
  • Jl. Buah Batu 169A
  • Jl. Peta 169
Koffie Aroma
  • Jl. Banceuy 51


Shopping Bandung: Telekung


Dah sampai Bandung, mesti nak beli telekung. Di sana panggilnya rukoh atau mukena. Harga amat berpatutan. Tempat yang harus di tuju ialah:
  • Shafira - Bandung Indah Plaza Lt GF, Jl. Merdeka
  • Pasar Besar
  • Jl Tamim
  • Pusat Kain Cigondewah
Disini terdapat kain cotton pelbagai grade yang murah, kain kebaya indonesia yang cantik2 dan murah juga. Harga lebih kurang IDR200,000 boleh dapat telekung yang ada kerawang cantik2 dan juga jenis cute2. Pastikan anda menawar.

Di Pasar Besar anda kena berhati-hati. Ruang masuk tangga saja penuh dengan orang yang menjual barang souvenir. Pastikan beg tangan anda selalu dekat.

Selamat shopping!

Shopping Bandung: Factory Outlet

Jalan Riau

Jalan Cihempelas


Ada bermacam-macam kedai di Bandung. Di kalangan orang Malaysia, Bandung terkenal dengan tempat membeli belahnya kerana harga yang murah. Orang Jakarta pun suka ke Bandung kerana harga barang yang lebih murah dan cuacanya yang lebih sejuk.

Terdapat pelbagai FO (factory outlet) dan juga shopping malls yang mempunyai banyak pakaian yang agak murah berbanding di Malaysia dengan kualiti yang bagus. FO disini adalah sisa export /overrun lots dari kilang.Barang2 ini kebanyakkan telah pun berada dipasaran sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum boleh dijual di FO.

Kebanyakkan FO terletak di Jalan Riau, Jalan Dago (juga dikenali sebagai Jl.Ir.H.Juanda), Jalan Sukajadi dan Jalan Setiabudi.

* Kalau beli jeans, tanya kalau dia ada free service untuk alteration.

Jalan Riau Area
  • Heritage (dalam sebuah bangunan bersejarah)
  • Cascade (sebelah Heritage,boleh lalu ikut pintu tepi)
  • Summit (seberang jalan dari Heritage) dalam ada cafe Dailycious -Batagor,Siomay,sup ekor lembu, mee dan fresh juices
  • Metropolitan
  • Renaritti
  • Secret
  • Terminal Tas
  • Edward Forrer
  • Stamp
  • For Men
  • Riau Junction
  • OSSO
  • Oasis
  • Branded Club
Jalan Cihampelas (dekat dengan Jalan Riau)
Famous utk seluar jeans. Sepanjang jalan semuanya jeans dan FO. Nak dekat semua kedai ada tukang jahit yang boleh alter jeans (bukan free).
  • Ciwalk
  • Premier
  • Elizabeth (handbag)
Jalan Dago Area aka Jl.Ir.H.Juanda
  • Rich & Famous
  • Coconel
  • Glamour
  • Blossom
  • Uptown
  • Dago Stock Centre
  • M&M
  • Justine
  • Level
  • Grande
  • Jetset
  • Blossom
  • Episode
  • Victoria
  • Solution
  • Happening
Jalan Setiabudi-Sukajadi (ambil masa 20mins dari Jalan Riau)
  • Rumah Mode disebut Modey Jl. Setiabudhi 41F, Bandung | t.(022) 203-5498
  • Lavayette ( sebelah)
  • Mode Plus Outlet
  • Natural
  • Donatello (kasut -boleh jalan dari rumah mode, 2minit)
  • Rainbow
  • Paris Van Java
  • Mooi
  • Totally 4U
Jalan Cibaduyut
Siapa yang gila kasut, ini memang tempat kasut. Dari safety shoes, hiking shoes, football shoes,sandals,heels inilah tempatnya. Cari tugu gambar kasut:)

Lain2 tempat:
  • FOS Clothing - Jalan Dr.Otten 6
  • Export Station -Jl. Sumatera No. 24-30
  • Merdeka Arcade - Jl. Merdeka
  • Bandung Indah Plaza -Jl.Merdeka
  • Bandung Super Mall (BSM) - Jln Gatsu
  • Rivai -Jl. Dr.Abdul Rivai 11
  • Cargo - Jl. Diponegoro No. 30 | t.(022) 727 3429 *
  • The Big Price Cut - Jl. Aceh No. 66 | t. (022) 421-0054
  • Stocks Town -Jl Buah Batu 178
Selamat Shopping!

Cara nak ke Bandung


Husein Sastranegara Airport (pintu masuk/keluar flight)

Budget flight
Dari Malaysia, anda boleh naik AirAsia direct ke Bandung (Husein Sastranegara Airport) atau melalui Jakarta (Soekarno Hatta International Airport) yang mengambil masa 2 jam dengan kereta utk ke Bandung ikut highway Cipularang.

Tips
Tiket Airasia KL-JKT lagi murah dari pergi Bandung direct.

Apa lagi yang patut tahu?
Airport Bandung ni kecil saja saiznya. Kalau anda buat arrangement siang2 memang senang. Driver anda akan tunggu, angkat bag etc. Kalau tak book, ada gak teksi, tapi kena tarik bag cross jalan. Cross jalan tu ada satu deret kedai makan, kiosk dan booth tunggu teksi. Kat situ boleh dapat...good luck.

Flight biasa
Naik MAS terus ke Bandung atau KLM dari Jakarta.

Airport tax
Sediakan wang lebih, IDR 65,000 sebagai airport tax utk dibayar sebelum penerbangan balik ke KL seorang (melalui Bandung).

Note:
Siapa yang pernah pergi pada 2009, sekarang airport dah lain. My Dec 2010 visit:
1. Masuk terus immigration. Sniff dogs akan ada. Anda akan diminta stay still and calm.
2.Bagi passport. Gambar akan diambil. Kedua-dua tangan akan diminta print.
3.Keluar ambik beg. Akan ditanya lagi tujuan ke Bandung.
4.Hand carry akan di scan.
5. Selamat Datang ke Bandung!

Via Bandung Yuk!
Daihatsu Luxio 2010/Suzuki Arena 2010/Avanza 2008
Ambil dari Soekarno Hatta + 1 hari tour Bandung IDR750,000=MYR257.00
Termasuk kereta,driver, bayaran toll, parking + tips
Kalau 6 orang, baru MYR42.90 seorang

Bandung ke Soekarno Hatta IDR750,000=MYR257.00
Termasuk kereta,driver, bayaran toll, parking + tips
Kalau 6 orang, baru MYR42.90 seorang

Hussein Sastranegara + 1 hari tour Bandung IDR550000 =MYR187.00
Termasuk kereta,driver, bayaran toll, parking + tips
Kalau datang 6 orang, baru MYR31.70 seorang

Imagine senangnya kalau ada driver...dia tunggu kat airport, terus naik dia drive. Boleh tanya macam2 dan stop mana2 suka. Boleh decide utk pergi mana2 dulu kalau tak dapat check in. Lepas check-in, siap2, driver dah tunggu. Barang yang shopping tu semua dia load dalam kereta. Kalau naik cab, sementara nak beli, kena pegang banyak2, tak payah nak pilih2 teksi...At the same time dia boleh drive around and suggest tempat2 nak makan, shopping etc. Serious, senang!

Naik keretapi
Ini untuk mereka yang dari Jakarta.
Naik keretapi 3 jam dari Stasiun Gambir. Pastikan kalau nak naik ada aircond naik yang executive class. Kalau naik business, fan sahaja. Yang bagus Argo Gede (jadual pagi ada) plus dapat some food,Argo Parahyangan (start petang).
Harga: IDR50,000-60,000 (RM17 macam tu)

Transportation Companies -kereta/van etc.
Ini untuk mereka yang dari Jakarta.

-Silver Bird Van, (Blue Bird Group), Jl. Mampang Prapatan Raya 60, South Jakarta.
Tel.: (62)(21) 798 1234.
Harga: Rp750.000, plus toll fee Rp40.000.

-4848. Jl Prapatan 34, Jakarta 10410. Tel.: (62)(21) 381 4488, (62)(21) 386 4848.
Harga: approx. US$ 25/car (4 persons).

-X-Trans, Jl. Blora 1 AB, Central Jakarta, Tel.: (62)(21) 315 0555.
Harga: US$ 55/car (10 persons).
Naik shuttlebus dari Soekarno Hatta
-Shuttle bus Primajaya (shared)
Tempatnya dekat dengan McDonald (forgot which terminal).
Where to? It will take you straight to Bandung Super Mall (Jl. Gatot Soebroto 289).
How long?The trip will take approx. 2-3 hours
How much? the cost is approx. US$ 6.50/person.
Schedule: once every hour from 08.00 AM to 09.00 PM.
Depart from: PT Primajasa Perdayana Utama. Jl Mayjen Sutoyo 32, Jakarta 13630.
Contact: Tel.: JKT(62)(21) 8009545. Jl Soekarno Hatta Psr Caringin 62.
Bandung. Tel.: (62)(22)6073992.

-Revin Travel shuttle minibus (shared)
mostly KIA Pregio, which fits up to 7 passengers, ready to take you anywhere in Bandung areas from Soekarno Hatta International Airport. The trip will take approx. 3 hours.
How much?IDR.110.000 per pax
Via reservation only:at the Soekarno Hatta airport, just call (62)(22)7330111 or (62)0811203137,and they will pick you up right at your spot and take you directly to your destination in Bandung.
Other info:They also can take you directly from Bandung to Soekarno Hatta International Airport, for the same price.
Contact:Revin Tours and Travel. Jl Gatot Subroto 201, Bandung. Tel.:(62)(22)7330111 or (62)0811203137

Sejarah Bandung

Bandung adalah rumah kepada lebih 7 milion penduduk Sunda, Jawa, Cina Indonesia, India Indonesia, Korea Indonesia yang terletak di Jawa Barat. Ia juga merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia,setelah Jakarta dan Surabaya.

Bandung mempunyai suhu yang lebih rendah dari kebanyakkan negeri Indonesia yang lain, kerana terletak di aliran sungai (river basin) yang dikelilingi oleh gunung-gunung api. Cuacanya lebih kurang 23.6 C /74.5F sepanjang tahun. Keadaan semulajadi ini adalah satu ciri pertahanan yang cukup baik yang menjadi sebab Dutch East Indies berpindah dari Batavia (Jakarta) ke Bandung.

Belanda membuka ladang teh pada kurun ke 17-18, diikuti dengan jalan untuk membawa hasil dari ladang ke kota Jakarta. Dengan adanya jalan ini, terhasillah pertumbuhan hotel-hotel mewah, restoran, cafes dan butik2 ternama Eropah di Bandung. Dari sini tercetuslah nama Parijs van Java (Dutch:The Paris of Java).