Wednesday, January 5, 2011

Makan dan minum di Bandung


jus alpokat (avocado jus dengan chocolat)

nasi timbel IDR20,000(makanan sunda)


gerobok/penjaja (dimana-mana di Bandung)


teh botol sosro

Agama rasmi Indonesia ialah Islam. Oleh itu semua fast food restoran di serata Indonesia, tak kira Bali, Jakarta,Surabaya adalah halal. Contohnya McDonald, KFC dsbgnya.

Minuman teh paling popular : teh sosro. Selalunya dalam bentuk botol kaca macam Fanta dulu2 atau pun dalam bentuk kotak. Rata2 di Bandung semuanya dalam bentuk botol.
Kalau rasa dahaga, banyak outlets yang kecil2 ada sediakan minuman teh sosro. Kalau paling teruk pun kat luar outlet mesti ada penjaja/gerobok yang jual teh sosro.

Air kosong : Sila beli air mineral. Kalau boleh elakkan air paip sama sekali. Bawa kemana2 sahaja.

Air dan makanan ni bersepah di Bandung. Tak mungkin anda ke Bandung dan kebuluran. Anda akan tengok setiap 5 kaki kiri dan kanan mesti ada yang menjaja atau dipanggil gerobok. Tapi anda kena berhati-hati untuk memilih takut nanti sakit perut.

Makanan:

Makanan yang paling hampir dan biasa dimakan oleh orang Malaysia ialah Nasi Padang.Ini hanyalah cadangan, supaya bila anda berniat ke Bandung nak shopping dan sebagainya dan nak elak sakit perut boleh makan ini sebab mungkin lebih kepada selera Malaysia.Kalau nak makan Nasi Padang yang murah dan berpatutan, pergilah ke:

IDR 200-300,000.00 = 12 orang makan, termasuk minuman jus (RM69-105)
  • Restoran Simpang Raya
  • Restoran Sederhana
Kalau tak kisah, boleh juga pergi ke:
IDR 700,000.00 = 12 orang makan termasuk jus(RM240)
  • Garuda
Sambal ijo, tak pedas. Sambal terasik hampir kepada sambal belacan kita.Tak dikeluarkan. Kalau mahu, kena minta. Mereka ada macam2 sambal. Tanya kalau nak cuba yang lain.

Siapa suka ayam goreng, make sure you order ayam goreng. Dia akan keluarkan ayam goreng. Ya, ayam mereka semua small size. Ayam Malaysia je gemok.

Tips nak jimat: Apabila mereka dah siap letak lauk atas meja, tengok mana yang nak makan dan suruh angkat semua yang tak mahu. Cari ni paling selamat. Anda boleh juga makan dan tak beritahu, tapi takut nanti mereka tersilap kira.

Makanan local lain yang famous kat Bandung:
  • Siomay/Bakso tahu
  • Batagor (bezanya dengan siomay, ia di goreng)- yang famous Siomay Pak Lili, Jl.Geger Kalong Girang. Kalau dekat Heritage, cross jalan pergi Summit makan kat Dailycious.
  • Martabak. Martabak diorang ada dua jenis. Yang buah-buahan dan daging.
  • Lotek. Sama macam gado2.
  • Mie Kocok
  • Nasi Timbel. Ni makanan orang Sunda. Orang local Bandung.Satu pinggan kalau makan kat restoran mungkin IDR 20,000 =RM6.80
  • Laksa Bandung
Kalau petang nak makan pisang goreng, pisang goreng datang dengan icing sugar dan cheese:)

Minuman pulak. Bandung kaya dengan minuman jus. Jus semua pekat2, macam dah jadi puree.
Jus paling famous sini:
  • Avocado- jus alpokat
Siapa gila coffee, kena pegi kopi aroma. Kedai ni bukak since 1930. Kalau nak pergi tour kopi aroma, boleh klik sini. Akan explain dengan lebih lanjut tentang kopi aroma dalam bahagian lain.

Minuman lain:
  • Es Elizabeth - cendol. Memang sedap. Gula merah sini tak macam di Malaysia.Memang lain.
  • Es teler - macam ABC. Cuma...ada tapai,kelapa, Tapai dia bukan tapai macam di Malaysia, dari ubi, berkeping-keping. Warna memang meriah.
  • Es sekoteng - avocado,kacang hijau, kacang, roti dan macam2 lagi.
Ada macam2 jenis es diBandung.Baca sahaja menu memang panjang sangat. Selamat mencuba.

For none Muslims, alcoholic drinks are not easy to find.Sale of alcoholic drinks is banned in public restaurants. You may find them however at upscale restaurants,bars,clubs,hotels and 24 hours mini market.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete