Saturday, January 22, 2011

Sebelum pergi Bandung


Sebelum anda pergi, anda mesti tahu apa tujuan anda nak pergi ke sana.
1.Shopping
2.Shopping dan beli supply untuk buka perniagaan
3.Shopping dan spa
4. Shopping dan melawat sekitar Bandung >> volcano, kebun teh, hotspring, strawberries, kampung gajah, sekolah angklung dll.
5.Shopping dan makan (wisata kuliner) >>kebun daun (check out Sam Yeap comments here, peuyem,colenak,bakso akung etc
6.Shopping dan budaya ( seni, muzeum etc)


Nak campur semua pun boleh, pastikan anda buat pilihan yang bijak. Kalau tak sure boleh tanya.Bila anda pasti, senang utk buat planning:)

Seterusnya...
Berapa hari?
Berapa ramai nak pergi?
Budget berapa? flight ticket>accommodations>transportation>shopping>dining>other activities
Nak naik teksi sahaja atau ada pemandu?
Nak bawak beg kecil/besar?Berapa kilo muatan

Happy Planning!

Friday, January 14, 2011

Beli untuk berniaga?


Sekarang sudah menjadi trend untuk jual barang online. Anda nak mula berniaga baju kanak2? Di Bandung ada tempatnya. Ada lebih kurang enam gedung besar di Bandung ni yang jual hanya untuk kanak2. Antaranya, Lavie, Mivie dan macam2 lagi.


Lavie Baby House (belakang rumah sakit St Boromeus)

Jl Imam Bonjol 6, Bandung

Monday, January 10, 2011

Bahasa Indonesia 101


Yang untuk shopping saja ya:
kaos - baju
celana - seluar
model -jenis
gedik-besar
grosir -sale/cuci gudang
sepatu -kasut
toko -kedai
obral - diskaun
"modelnya ke atas" - nak saiz yang lebih besar

Benda anda mesti tahu sebelum ke Bandung

Waktu
Waktu Bandung lewat 1 jam Malaysia
Bandung 3petang - Malaysia 4 petang
Waktu siang cepat,malam pun cepat. Jam 6 petang dah gelap.

Power outlet/ Soket elektrik
Ikut European 2 point. Jadi bawalah converter anda

Waktu solat/musolah
Waktu solat Bandung adalah amat berbeza. Anda boleh download waktu solat Bandung disini.

Kehidupan orang Bandung/Indonesia
Kehidupan mereka disini jurang antara kaya dan miskin sangat berbeza. Tak mungkin anda akan jumpa orang di Malaysia yang sanggup buat apa yang mereka buat untuk hidup. Jadi silalah bawa duit pecah untuk disedekahkan kepada mereka, bantulah mereka!Tak semestinya anda beli barang, anda boleh bagi sahaja uang /wang kepada mereka. Anda akan hargai apa yang anda ada di Malaysia.

Tandas
Bagi standard saya, saya memang kurang gemarlah dengan toilet kat sana (Indonesia), kecuali hotel. Jadi bawak lah apa2 yang perlu, tisu, baby wipes dan sebagainya. Kalau macam pergi Kawah Putih tu, toilet dia takde flush. So, pandai2lah. Kena bayar tips, walaupun toilet tak seberapa.
Tips berzaman diamalkan : bawa botol mineral kosong ke mana sahaja untuk isi air.

Cara berjalan di Bandung
Dekat sana, anda kena rajin angkat tangan untuk cross jalan. Mereka suka horn...tak kira di Bali, Jakarta...sama saja, tapi itu kebanyakkan untuk memberi amaran mereka nak lalu etc. Laluan jalan akan diberi kepada mereka yang bagi tips.

Jalan di Bandung tidak berapa elok. Bagi perempuan2 tak payah pakai tumit tinggi. Pakai kasut flats adalah terbaik sebab akan banyak jalan, shopping dan angkat barang :)

Jalanraya di Bandung - ada sesetengah tempat yang memang tak berapa elok. Kalau anda jenis cepat kena pening kepala, bawaklah panadol, air,minyak angin dan sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga.

Bahasa Indonesia di Bandung
Di Bandung mereka cakap Sunda, yang tak mungkin kita faham. Tapi mereka semua boleh cakap standard Indonesia.

Shopping/FO operation hours
10pagi-9malam (hari minggu). Jalan raya Bandung tak ada lampu. Ini mungkin antara sebab mengapa mereka tutup awal. Sabtu malam ada yang buka hingga 12malam.

Wednesday, January 5, 2011

Jalan-jalan dalam Bandung (transportation)

angkot

Jenis-jenis transport di Bandung:
  • Becak - beca.beca sini kecil. pengayuh dibelakang dan tempat duduknya tinggi.cuma cukup2 bawa orang.
  • Angkot - angkot ni mini van, tak ada pintu. harga satu orang IDR2000-5000= RM0.70 ke atas. Cara tahan angkot, tahan macam bus atau teksi.Warna tak tentu. Yang penting arahnya sahaja. Jaga2 dengan penyeluk saku.
  • Taksi (teksi) -blue bird,gemah ripah, 4848,bandung raya ini yang boleh pakai. Harus minta di pasang agronya ya! (agro=meter) Tak pasti tentang taksi lain,mungkin kena negotiate.
  • Sewa kereta & drive sendiri - boleh juga. Cuma jalan di Bandung tak banyak sign board, setengah tempat tak ada langsung. Lepas tu jalan semua one way.Kalau silap tak boleh u-turn, dah la tu tak ada signage bagitau jalan tu one way. Untuk parking, mana2 mesti bayar tip. Keluar jalan bayar tip.
  • Sewa kereta, van - ini cara paling favourite orang Malaysia.Sebab senang dan murah. Supir anda akan tunggu anda shopping.Dari pagi anda start shopping, balik hotel, keluar balik etc dia akan tunggu anda.Minat? klik sini

Makanan Sunda (orang Bandung)

nasi tutug oncom

Makanan di sini agak masin jika dibanding dengan selera Malaysia( Nasi Padang). Tetapi makanan Sunda lebih manis.

Kalau anda nak cuba makanan Sunda (yang popular):
  • Dago Penyawangan, Jl.Dago
  • Ponyo
  • AA Laksana, Jl Cihempalas
  • Raja Sunda
  • Saung Kebayan
  • Sambel Cibiuk
  • Bumbu Desa
  • Ampera *murah,banyak branch
  • Bale Gazeebo,Jl. Surapati No.49 Ph. +62.22. 2506716
Selamat mencoba!

Makan dan minum di Bandung


jus alpokat (avocado jus dengan chocolat)

nasi timbel IDR20,000(makanan sunda)


gerobok/penjaja (dimana-mana di Bandung)


teh botol sosro

Agama rasmi Indonesia ialah Islam. Oleh itu semua fast food restoran di serata Indonesia, tak kira Bali, Jakarta,Surabaya adalah halal. Contohnya McDonald, KFC dsbgnya.

Minuman teh paling popular : teh sosro. Selalunya dalam bentuk botol kaca macam Fanta dulu2 atau pun dalam bentuk kotak. Rata2 di Bandung semuanya dalam bentuk botol.
Kalau rasa dahaga, banyak outlets yang kecil2 ada sediakan minuman teh sosro. Kalau paling teruk pun kat luar outlet mesti ada penjaja/gerobok yang jual teh sosro.

Air kosong : Sila beli air mineral. Kalau boleh elakkan air paip sama sekali. Bawa kemana2 sahaja.

Air dan makanan ni bersepah di Bandung. Tak mungkin anda ke Bandung dan kebuluran. Anda akan tengok setiap 5 kaki kiri dan kanan mesti ada yang menjaja atau dipanggil gerobok. Tapi anda kena berhati-hati untuk memilih takut nanti sakit perut.

Makanan:

Makanan yang paling hampir dan biasa dimakan oleh orang Malaysia ialah Nasi Padang.Ini hanyalah cadangan, supaya bila anda berniat ke Bandung nak shopping dan sebagainya dan nak elak sakit perut boleh makan ini sebab mungkin lebih kepada selera Malaysia.Kalau nak makan Nasi Padang yang murah dan berpatutan, pergilah ke:

IDR 200-300,000.00 = 12 orang makan, termasuk minuman jus (RM69-105)
  • Restoran Simpang Raya
  • Restoran Sederhana
Kalau tak kisah, boleh juga pergi ke:
IDR 700,000.00 = 12 orang makan termasuk jus(RM240)
  • Garuda
Sambal ijo, tak pedas. Sambal terasik hampir kepada sambal belacan kita.Tak dikeluarkan. Kalau mahu, kena minta. Mereka ada macam2 sambal. Tanya kalau nak cuba yang lain.

Siapa suka ayam goreng, make sure you order ayam goreng. Dia akan keluarkan ayam goreng. Ya, ayam mereka semua small size. Ayam Malaysia je gemok.

Tips nak jimat: Apabila mereka dah siap letak lauk atas meja, tengok mana yang nak makan dan suruh angkat semua yang tak mahu. Cari ni paling selamat. Anda boleh juga makan dan tak beritahu, tapi takut nanti mereka tersilap kira.

Makanan local lain yang famous kat Bandung:
  • Siomay/Bakso tahu
  • Batagor (bezanya dengan siomay, ia di goreng)- yang famous Siomay Pak Lili, Jl.Geger Kalong Girang. Kalau dekat Heritage, cross jalan pergi Summit makan kat Dailycious.
  • Martabak. Martabak diorang ada dua jenis. Yang buah-buahan dan daging.
  • Lotek. Sama macam gado2.
  • Mie Kocok
  • Nasi Timbel. Ni makanan orang Sunda. Orang local Bandung.Satu pinggan kalau makan kat restoran mungkin IDR 20,000 =RM6.80
  • Laksa Bandung
Kalau petang nak makan pisang goreng, pisang goreng datang dengan icing sugar dan cheese:)

Minuman pulak. Bandung kaya dengan minuman jus. Jus semua pekat2, macam dah jadi puree.
Jus paling famous sini:
  • Avocado- jus alpokat
Siapa gila coffee, kena pegi kopi aroma. Kedai ni bukak since 1930. Kalau nak pergi tour kopi aroma, boleh klik sini. Akan explain dengan lebih lanjut tentang kopi aroma dalam bahagian lain.

Minuman lain:
  • Es Elizabeth - cendol. Memang sedap. Gula merah sini tak macam di Malaysia.Memang lain.
  • Es teler - macam ABC. Cuma...ada tapai,kelapa, Tapai dia bukan tapai macam di Malaysia, dari ubi, berkeping-keping. Warna memang meriah.
  • Es sekoteng - avocado,kacang hijau, kacang, roti dan macam2 lagi.
Ada macam2 jenis es diBandung.Baca sahaja menu memang panjang sangat. Selamat mencuba.

For none Muslims, alcoholic drinks are not easy to find.Sale of alcoholic drinks is banned in public restaurants. You may find them however at upscale restaurants,bars,clubs,hotels and 24 hours mini market.